Tuesday, October 21, 2014

Kerja dan Usia


Sebagai pekerja, setiap hari kita disibukkan dengan aktiviti mencari rezeki tidak kiralah apa jenis kaum, golongan masyarakat mahupun lapisan umur.  Bekerja diusia emas bukanlah satu benda pelik dikalangan masyarakat kita hari ini lebih-lebih lagi dikalangan yang tidak berpindidikan tinggi. Bergantung kepada jenis kerja, keadaan dan keperluan semasa tenaga kerja warga emas juga diperlukan dalam pelbagai industri contohnya industri kewangan, pendidikan, pelaburan dan sebagainya. Tetapi kebanyakan kerja “mudah” yang biasa menggunakan tenaga kerja warga emas diperlukan dari aspek pangalaman, nasihat dan pandangan. Kerja-kerja buruh juga kadang-kala melibatkan tenaga kerja warga emas dan ini adalah satu masalah dimana pada usia ini mereka harus berehat dan boleh menghabiskan hujung kehidupan mereka tanpa rasa gusar dan pening memikirkan masalah kewangan. Adalah satu anugerah jika mempunyai anak-anak yang berjaya ataupun boleh diharap untuk menjaga ibubapa mereka sebagai tanggungjawab ke atas anak itu membalas jasa baik ibubapa mereka.

Setiap pekerja perlu merancang kewangan mereka dari awal lagi bagi memastikan ekonomi diakhir usia tidak menyeksa mereka lain lah bagi mereka yang mewarisi harta peninggalan nenek moyang berjuata-juta, tapi kalau tidak diuruskan dengan betul boleh habis juga. Diusia emas, pelbagai masalah akan datang jika tidak berjaga-jaga dari awal. Masalah yang biasanya datang adalah penyakit. Penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lenguh-lenguh adalah tidak asing dikalangan warga tua. Penyakit ini kebanyakannya berpunca daripada pemakanan. Harus diingat apa yang berlaku pada masa hadapan adalah bermulanya atau disebabkan waktu sebelumnya. Pemakanan perlu dijaga dan makan tidak mengikut emosi dan nafsu. Tekanan kerja diusia muda juga boleh memberi kesan diusia tua, jadi ikhlaskan hati anda dalam melakukan kerja kerana apabila ikhlas rezeki juga bertambah berkat. Rezeki yang kita dapat itu akan menjadi darah daging yang membentuk salsiah diri.

Pekerja haruslah beringat dan merancang masa depan dengan menabung dan terus menabung. Tidak perlu membazirkan duit gaji ketika muda ini dengan menghabiskannya dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Pastikan diusia muda ini berbelanja secara bersederhana mengikut kemampuan masing-masing usah ada rasa iri hati ketika melihat orang lain berkereta besar kita hanya kereta karat, usah iri hati ketika melihat orang lain berumah besar kita hanya bersarang burung, yang penting ukurlah baju dibadan sendiri. Harus diingat rezeki itu datangnya daripada tuhan kita hanya mampu berusaha. Teruskan berusaha jika tidak didunia sekali pun diakhirat kelak pasti mendapat ganjaranya, yang penting apa yang dilakukan tidak menyusahkan orang lain dan pada jalan yang membawa keredhaan sang pencipta.

Thursday, October 16, 2014

Gantung Hati


Hujan dipagi hari membuatkan langit tidak berapa cerah. Jeman tidak jadi turun ke laut. Perginnya Jeman ke dapur lalu diangkatnya tudung saji mengkuang bercorak petak warna-warni. Melihat pulut bersama taburan kelapa parut diatas, serta seekor ikan masin yang telah digoreng diatas pinggan kecil bercorak bunga.  Jeman pun duduk lalu dicubitnya pulut tadi. “Piah.. oh Piah”, jerit Jeman dengan lembut. Dipalingnya kebelakang kearah pintu belakang rumah kelihatan isterinya sedang duduk bercangkung sambil memberus periuk. “Mende!!”, Piah menyahut. “Kite gi teluk pasu kekgi nok? Ambik pisang skek wak khepek. Punoh saje dok ambik”, kata Jeman. “Nok gi guane ujang-ujang lecoh ni, petang-petang skek ah ajok jenal lalu”, jawab Piah. Hari itu berlalu hingga malam dengan hujan sepanjang hari. Rancangan dan aktiviti terbantut dengan menghabiskan masa di rumah.

Piah mengadu kepada suaminya bahawa dia sakit pada lulut. “Bang jeman rase nyocok je lutut ni bakpe hah?” keluh Piah. “Mung bahang nangka op mareng, angin ah tu”, jawab Jeman. “Dok eh ambik dua ulah je”, balas Piah. “Dua ulas pong bende tu kang biser yang gi tebeng tu bakpe?”, kata Jeman. Perbualan mereka berdua itu berlarutan sehingga meninggikan suara sambil berbalas-balas tomahan dan diakhiri dengan pergaduhan yang agak mengelikan hati. Jenal anak mereka hanya mendengar perbalahan itu sambil senyum dihadapan televisyen saluran dua siaran “dragon ball”.  Sedangkan lidah lagi terggigit inikan pula suami isteri, itulah ungkapan yang boleh diberikan untuk Jeman dan Piah. Jeman akhirnya meninggalkan dapur menuju ke luar rumah melalui pintu hadapan, turun tangga lalu menyeluk kunci di poketnya lalu dihudupkan enjin motosikal YAMAHA V70. Jeman menunggag motosikalnya terus ke kedai kopi, terus duduk dan dipesannya secawan kopi. Di kepala meja biasanya awang tuannya kedai, disusuli endut, mat nong, kassim dan abbas. Mereka bersembang pelbagai perkara sampaikan ada sindir menyindir. Jeman pula dengan gayanya rancak bercerita dan kadang kala menggangkat dirinya dengan kelebihan yang dia ada sama rancak sama naik dengan rakan-rakannya. Hingga suatu ketika cerita sudah habis, minum habis dan berlalulah mereka masing-masing. Seorang ke tapak rumah belum siap, seorang ke bengkel dengan tujuan masing-masing. Jeman biasanya turun ke pasar mencari ikan aneh kegemarannya biasanya ikan Jebong,  Jenahak, Gerapoh dan lain-lain yang jarang kelihatan di pasar.

Tiba-tiba, “tok.. tok.. tok…”, bunyi kendengaran ketukan pintu rumah diselangi salam.  Piah yang berkeadaan sakit lutut melaung anaknya Jenal “Jenal… ce tengok piyer mari tu”, “duk tengok tv sokmo”, keluh Piah.  Jenah pun segera membingkaskan badannya lalu ke pintu rumah melihat siapa yang datang. “Ayoh ade?”, kate seorang perempuan awal 30-an. “Ayoh tak dok gi jalang”, balas jenal.  Perempuan itu kelihatan serba salah dan dalam kesusahan. Piah berjalan terhenjut-henjut keluar menjenguk siapakah perempuan itu. Perempuan itu mencapai tangan Piah untuk bersalaman. “Mek ni sape?”, soal Piah. “Saya Esah,  saya nok cari abang Jeman.”, jawab Esah. “Abang?”, bisik hati Piah……..

            "Orang mane ni braser ajin tengok..", soal Piah sambil membuat dahi berkedut. Esah pun membalas soalan yang dikemukakan oleh Piah, "saya kak, Esah wong, nyewa rumah depang pagor dulu.. bini Rozak. Rozak tak dok doh". Piah pun memanggil kembali memori dan perasan Esah isteri Rozak. Esah meminta untuk bermalam di rumah dengan beg digalas dibahu diletakkannya dilantai hadapan rumah. "Masuk ah, hooo.. mung duk mana lening", soal Piah. "Dok duk mana mari dari besut duk nge mok angkat", jawab Esah berseloroh. Piah pun menunjukkan bilik untuk Esah berehat. "Nok mayang ambik ah sejadoh, telekung ni", Piah menawarkan perkakasan rehat kepada Esah.

            Dalam sedar dan tidak sedar Esah telah menumpang di rumah itu bersama keluarga itu sudah hampir dua minggu. "Piah weh, lama duk sini tak mboh balik ke tak dok tempat nok gi." Soal Jeman ke pada Piah. Jeman dan Piah bersoal jawab sesama sendiri sampai suatu hari membuat Piah berasa tidak senang bila terlihat Esah masuk dalam bilik mandi  dan melihat satu perbuatan yang tidak menyenangkan dimana Esah telah menanggalkan gigi palsunya dan menggunakan berus gigi Piah lalu menggosok gigi palsu milik dia tanpa segan silu. Piah merasa geli dan "kememam mulut". Peristiwa itu menjadi bualan antara Piah dan suaminya Jenal. Pada suatu pagi, Piah bertanyakan sesuatu kepad Esah. "Eh.. Esoh, aku dok napok lagi mu smayang, mu smayang ke dok.?", soal Piah. Esah macam orang tidak betul mengalihkan cerita, sekejap bercerita pasal ayam belaan, pokok tanaman, serta menunjukkan minyak ubat yang dibelinya baik untuk orang sakit lutut.
 
            Pada waktu magrib ke esokkan harinya, Piah mengajak Esah sembahnyang maghrib bersamanya dan peristiwa itu ditonton oleh Jenal yang berasa pelik melihat gelagat Esah yang sedang sembahyang sambil menoleh kiri kanan dan belakang, seakan kebudak-budakan. "Ye betul dok sembayang mok eh.", Soal Jenal. "Bakpe mung kate gitu." soal Piah kepada anaknya. Jenal pun menceritakan keadaan yang melihat peristiwa itu. Sebelum tidur sambil menonton drama hujung minggu, Piah bersuarakan persoalan kepada Jeman, "Bang jeman, Esoh tu dok reti, tahu kaler dok nikoh nge Rozak dulu, tengok dok reti satu hal pun, mandi ke dok, Rozak dok ajor pesengang", Esah berseloroh. "Mung royak ah dia Piah", jawab Jeman. "Dia dok leh doh duk lama-lama sangat sini. Orang duk tiga hari je layang. ni dok leh doh ni.", tambah Jeman. Pagi ke esokkannya, Piah bertanyakan soal ketidak keselesaan Jeman kepada Esah. Esah mengangguk-angguk apa yang diberitahu oleh Esah. Pada malamnya Esah keluar bersiah diluar rumah dan tidak pulang selewat jam sebelas tengah malam. Keluarga itu sedikit berperasaan tertanya-tanya dan sedikit kerisauan. Tiba-tiba kedengaran bunyi motorsikal dihadapan rumah, membonceng Esah dengan motosikal. Lelaki yang membonceng Esah itu adalah Zulkifli, bekas DO pejabat tanah yang tinggal dihujung kampung, beliau baru balik dari warung berpakaian baju melayu dan kain pelikat yang sebelumnya baru balik dari Masjid. Zulkifli menceritakan beliau melihat seorang wanita berjalan didalam gelap disimpang kampung. Zulkifli menceritakan Esah seakan sesat, dan bertanyakan tempat tinggal. "Dia kabo dia duk sini, tu yang suh naik nok ator, jalang sorang malam macam sakit ade gok". Cerita Zulkifli kepada Jeman dan Esah. "Doh dakpe lah ambe berasur dulu, sape dia ni? hahahaha..", tanya Zulkifli sambil ketawa.
 
        Kesesokan harinya, Esah meminta Jeman menghantarkannya ke stesen bas. Jeman menolak permintaan itu dengan alasan kereta rosak dan tayar pancit.

bersambung....
 
 
 
 
 








Wednesday, October 15, 2014

Usaha yang belum pasti

Terimalah nukilah pertama daripada saya..

Daun tumbuh pada dahan,
Tumbuh pucuk dipetik orang,
Bertahun-tahun tunggu bertahan,
Harap hasil tambah berkurang.

Jalan dikaki tanahnya tuan,
Tuan disangka rupanya hak orang,
Apa nasib terima badan,
Kejar nasi padi berkurang.

Hujan turun tuju ke bumi,
Teduh dibina alaskan tanah,
Tanah diminta gantikan nasi,
Rupa empunya pengisap darah.

Monday, October 13, 2014

Ambe mulakan blog ambe ni dengan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Dikesempatan ini ambe nok kabor ke semua yang berkesempatan, terlewat atau pun tidak sengaja melawat ke blog ambe ini dengan ucapan terima kasih. Tiada istimewa pun cuma ingin berkongsi apa sahaja yang ada. Jangan lupa datang lagi....