Sebagai pekerja, setiap hari kita disibukkan dengan
aktiviti mencari rezeki tidak kiralah apa jenis kaum, golongan masyarakat
mahupun lapisan umur. Bekerja diusia
emas bukanlah satu benda pelik dikalangan masyarakat kita hari ini lebih-lebih
lagi dikalangan yang tidak berpindidikan tinggi. Bergantung kepada jenis kerja,
keadaan dan keperluan semasa tenaga kerja warga emas juga diperlukan dalam
pelbagai industri contohnya industri kewangan, pendidikan, pelaburan dan
sebagainya. Tetapi kebanyakan kerja “mudah” yang biasa menggunakan tenaga kerja
warga emas diperlukan dari aspek pangalaman, nasihat dan pandangan. Kerja-kerja
buruh juga kadang-kala melibatkan tenaga kerja warga emas dan ini adalah satu
masalah dimana pada usia ini mereka harus berehat dan boleh menghabiskan hujung
kehidupan mereka tanpa rasa gusar dan pening memikirkan masalah kewangan.
Adalah satu anugerah jika mempunyai anak-anak yang berjaya ataupun boleh
diharap untuk menjaga ibubapa mereka sebagai tanggungjawab ke atas anak itu
membalas jasa baik ibubapa mereka.
Setiap pekerja perlu merancang kewangan mereka dari awal
lagi bagi memastikan ekonomi diakhir usia tidak menyeksa mereka lain lah bagi
mereka yang mewarisi harta peninggalan nenek moyang berjuata-juta, tapi kalau
tidak diuruskan dengan betul boleh habis juga. Diusia emas, pelbagai masalah
akan datang jika tidak berjaga-jaga dari awal. Masalah yang biasanya datang
adalah penyakit. Penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
lenguh-lenguh adalah tidak asing dikalangan warga tua. Penyakit ini
kebanyakannya berpunca daripada pemakanan. Harus diingat apa yang berlaku pada
masa hadapan adalah bermulanya atau disebabkan waktu sebelumnya. Pemakanan
perlu dijaga dan makan tidak mengikut emosi dan nafsu. Tekanan kerja diusia
muda juga boleh memberi kesan diusia tua, jadi ikhlaskan hati anda dalam
melakukan kerja kerana apabila ikhlas rezeki juga bertambah berkat. Rezeki yang
kita dapat itu akan menjadi darah daging yang membentuk salsiah diri.
Pekerja haruslah beringat dan merancang masa depan dengan
menabung dan terus menabung. Tidak perlu membazirkan duit gaji ketika muda ini
dengan menghabiskannya dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Pastikan diusia
muda ini berbelanja secara bersederhana mengikut kemampuan masing-masing usah
ada rasa iri hati ketika melihat orang lain berkereta besar kita hanya kereta
karat, usah iri hati ketika melihat orang lain berumah besar kita hanya
bersarang burung, yang penting ukurlah baju dibadan sendiri. Harus diingat
rezeki itu datangnya daripada tuhan kita hanya mampu berusaha. Teruskan berusaha
jika tidak didunia sekali pun diakhirat kelak pasti mendapat ganjaranya, yang
penting apa yang dilakukan tidak menyusahkan orang lain dan pada jalan yang
membawa keredhaan sang pencipta.
No comments:
Post a Comment