Meninggalkan sesuatu. Kadang kala kita sering berfikir apakah makna meninggalkan. Apa yang kita tinggalkan selalunya berasal atau memiliki, contohnya, meninggalkan perangai buruk (perbuatan), meninggalkan kampung (lokasi), meninggalkan seseorang (perhubungan). Bila sebut meninggalkan adakalanya kita akan kembali balik kepada benda yang ditinggalkan itu dan ada juga kita tidak boleh kembali kepada apa yang ditinggalkan contohnya mati, apabila tuhan telah mengambil nyawa kita, kita tidak lagi boleh kembali kepada hidup iaitu meninggal dunia.
Apa yang boleh diungkap dengan meninggalkan adalah sebelum meninggalkan, haruslah memiliki sesuatu, memiliki kampung, memiliki nyawa, memiliki keluarga, memiliki perangai buruk dan dengan kata mudah "berasal". Jika kita tidak memiliki tiada erti untuk berlaku meninggalkan. Seperti juga kehilangan. Nanti RSB akan ungkapkan berkenaan Kehilangan. Semoga pembaca bersabar dan terhibur dengan bacaan tanpa arah ini.
No comments:
Post a Comment